Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian dan tunjuk ajar kepada peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian. Antara usaha kerajaan yang dapat dilihat dalam membantu mereka yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian adalah dengan mewujudkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pihak kerajaan telah menyalurkan peruntukan bagi membantu golongan berkenaan. Pelbagai subsidi dan insentif yang diberikan kepada pesawah padi, pekebun kecil getah dan nelayan dalam bajet 2017 yang baru dibentangkan. Ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka yang bukan sahaja rendah bahkan tidak menentu dipengaruhi iklim dan cuaca (Dr. Zulkiply Omar, 2015).
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan agensi yang menjadi penggerak kepada usaha kerajaan membantu golongan pengusaha pertanian di peringkat lebih bawah. Agensi-agensi yang diwujudkan adalah seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
No comments:
Post a Comment