Penanaman Padi di Kedah
![]() |
Ladang Teh di Cameron Highland,Pahang |
Tanaman sayur bendi
Pertanian merupakan satu proses pengeluaran makanan
dan barangan melalui perladangan, perternakan dan perhutanan. Ia juga merupakan sektor utama di dalam
perkembangan dan kebangkitan sesebuah tamadun. Pertanian sebenarnya merangkumi pelbagai
bidang dan teknik seperti cara meluaskan tanah untuk digunakan bagi bercucuk
tanam, membina terusan serta saluran pengairan bagi mengalirkan air ke kawasan
tanaman. Pada zaman sekarang, pertanian boleh dikategorikan sebagai pertanian
mapan seperti pertanian organik serta pertanian intensif iaitu pertanian
perindustrian.
Perniagaan adalah satu bentuk organisasi
yang sah serta diiktiraf oleh kerajaan bagi menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada
pelanggan, perniagaan lain atau agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan sebenarnya adalah ekonomi kapitalis
yang paling utama dan kebanyakkan perniagaan di Malaysia adalah milik
persendirian. Perniagaan biasanya dibentuk bagi mendapat keuntungan dimana
ianya akan menambah kekayaan kepada pemilik perniagaan serta mampu
mengembangkan perniagaannya sekiranya mereka mengurus dengan cara yang betul
dan bijak. Biasanya, perniagaan yang dijalankan
tanpa mengira keuntungan semata-mata adalah perniagaan milik kerajaan.
Perniagaan yang berasaskan pertanian pula
ialah perniagaan yang hanya melibatkan pertanian semata-mata. Ini terjadi apabila seorang petani yang
menjalankan aktiviti pertanian mempunyai hasil yang lebih bagi menyara
keluarganya, maka mereka menjual hasil pertanian kepada pemborong atau menjual terus
kepada pembeli. Proses penjualan hasil
pertanian berkenaan disebut sebagai proses jual beli ataupun perniagaan
walaupun ianya dijalankan secara kecil-kecilan. Oleh kerana adanya aktiviti ini maka wujudlah
satu perniagaan yang dinamakan perniagaan berasakan pertanian.